Followers

#112

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kalian.

feeewit!!!

akhirnya bang cik kembali lagi menulis blog! terasa nak tulis bahasa melayu pulak kali ni sebab rindu nak buat karangan. boleh? syoklah pulak membahasakan diri ni bang cik gara-gara #qetepiyyans memanggilku dengan nama ini. haha. rindu kalian! nak guna nama pena “bang cik” la untuk post-post lepas ni.

seperti yang dijanjikan, bang cik akan kongsikan cara-cara sambung belajar ke luar negara ya. sebelum tu bang cik nak bermukadimah sedikit lah ya tentang kehidupan yang ku lalui kini. alhamdulillah bang cik kini berada di bumi sheffield, united kingdom dalam jurusan ma applied linguistics with tesol di the university of sheffield. sekarang tengah musim luruh! tiba-tiba kan.  

jom, tak sabar nak cerita ni! tapi, ini versi bang cik punya ya, dari perspektif seorang guru, "cham tu" (macam tu) bak kata teman serumah bang cik di filey street ini. 

bang cik sendiri sebenarnya tak tahu sebelum ni cara-cara nak sambung belajar ke luar negara. mujur ada sewad yang banyak membantu dalam hal ni. sewad ada kat leeds sekarang, tak melawat bang cik pon kat sini kan. tetiba. ok, bang cik mulakan dengan langkah pertama ya!

1)  pilih universiti dan kos.

dalam kes bang cik, banyak universiti yang dipilih hari tu dan kos tetap sama dan serupa, tesol. kalau kalian nak tau, kalau nak tau lah, bang cik sebelum ni mengajar kat smk sungai tiram, ulu tiram (ppd pasir gudang). lengkap bukan informasi ini? hehe. sempatlah mengajar 2 tahun 9 bulan dan bang cik suka semesti!!! rinduku masih menebal padamu! ok sambung!

lepas dah baca setiap spesifikasi subjek, hati ini tertarik untuk ke universiti of sheffield. bang cik dapat leeds, newcastle ngan leceister  tapi bang cik wakilkan kat sewad je ya, boleh kan? nanti bang cik wakilkan kat zureza juga sekali, insyaallah. jangan lupa scan salinan ijazah, transkrip dan sijil-sijil yang berkaitan. oh, kalian akan dapat dua surat dari universiti. conditional dan unconditional. conditional bila kalian tak cukup syarat, yang mana kalian kena cukupkanlah untuk dapat unconditional letter ittew. maaf, itu.

2) pilih biasiswa-biasiswa/tawaran pelajaran yang available

dalam kes bang cik, mara menjadi pilihan di hati. sewad banyak membantu bang cik dalam hal ini. terima kasih sewad! nanti mara akan keluarkan iklan di dada-dada akhbar dan page fb mara. jadi rajin-rajinkanlah diri kalian untuk tengok-tengok iklan ini ya? bang cik isi borang online bulan mac dan bermulalah rentetan peristiwa bersejarah dalam hidup bang cik, cham tu. tahun ni mara ada psychometric test dan interview. nervous kot! last bang cik interview masa nak kerja kilang kat chaah. eh bukan, last interview untuk spp kat jb. Untuk mara, bang cik interview kat ikbn jb. kena pulak satu bilik interview dengan sewad. kau rasa? hebat sewad ni, dengan siap gaya tangan!

beberapa purnama kemudian, keluarlah keputusannya. alhamdulillah, bang cik dapat pascasiswazah mara ini begitu juga sewad yang hebat semasa di ruangan temuduga ittew. eh, itu. mula-mula kita buat psychometric test online, lepas tu akan dipanggil untuk ditemu duga. tahun lepas lain modus operandi nya, tahun ni lain. tahun depan bang cik pun tak tahu. jadi bersedialah ya kalian.

3) minta cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa

ok, ini part yang best untuk kawan-kawan guru bang cik. mara dah habaq awai-awai kalau nak sambung, hangpa kena cuti tanpa gaji sebab elaun depa bagi. jadi, camne nak buat ya cikgu-cikgu sekalian? silalah memuat turun borang cuti tanpa gaji tanpa biasiswa di laman sesawang kpm. boleh search ja nanti dan keluarlah ia.

ada beberapa helaian borang yang perlu diisi dan lepas tu, tandatangan pengetua dan pengarah jpn pun perlu dalam  boring kita nanti. jujur bang cik cakap memang kena kuat jiwa dan raga nak isi borang ni. kalian kena sediakan salinan buku khidmat kerajaan, slip gaji dan adalah beberapa lagi dokumen yang perlu. bang cik bersyukur sebab texas. maaf, tiram ngan jpn tak jauh sangat. nak gi jpn lalu smt perdagangan jb, sekolah bang cik dulu. amek mekanikal tup-tup jadi cikgu bi. cham tu! hahaha. setel borang ni, bolehlah hantar kat bahagiaan tajaan di cyberjaya. rajin-rajin update ngan bahagiaan tajaan ya. bang cik difahamkan nama kita akan dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan sama ada layak atau tidak untuk diberi cuti. insyaallah kalau cukup syarat, no hal punya J


3) mara

da dapat surat cuti tanpa gaji dengan rasminya, barulah bang cik boleh proceed dengan dokumen-dokumen mara. bang cik agak tertinggal sedikit daripada kawan-kawan lain tapi alhamdulillah, semuanya beres. dah sampai pon ha kat sini J mula-mula mara akan bagi senarai dokumen pertama untuk dihantar. lepas dah lengkap, (dalam kes bang cik, bang cik tunggu surat rasmi kelulusan cuti belajar tanpa gaji dulu) boleh lah hantar semua dokumen ke pejabt mara. bang cik pos ja hari tu walau dalam hati berdebar-debar sampai ke tak surat ni kat ofis. alhamdulillah sampai. lepas dah sampai, depa akan cek dan jika lengkap semua, akan dapat satu lagi dokumen untuk dilengkapkan. masa ni la tang cop-cop segala yang kalian kena buat. ini banyak dibincangkan dalam blog-blog kakak kakak dan abang abang yang dah kat obersi. kalian boleh cari ja nanti kat tenet.

4) btn
ha, ini wajibul ghunnah! maaf, wajib pergi. btn bang cik semua diuruskan oleh bahagiaan tajaan kpm. kami ditelefon dan info berkenaan kursus diemel dan kami pun pergi. bang cik kena kat kem bina negara klia bulan tujuh hari tu. seronok dapat jumpa kawan-kawan baru dalam 4 hari berkursus ni.


5) hal-hal lain

kalau semua dah hantar dan setel, tunggu duit mara masuk dalam akaun. hehe. duit ni bolehlah kalian buat visa, beli tiket flight, tb test dan apa-apa yang perlu. visa dan tiket kapal terbang bisa di claim nanti. masa ni dah boleh lah pergi aeon tebrau usha-usha beg tarik nak letak periuk kuali segala ittew. haha. baju bawak sikit ja! kat sini bang cik terkesima sekejap dengan harga-harga bajunya yang cukup mengundang duit keluar dari poket. da siap semua bolehlah kemas-kemas barang kat sekolah dan bergeraklah kamu ke satu dimensi lain. gitu! haha. berat kot hati masa kemas meja haritu nak tingal sekolah ngan budak-budak.

sempatlah bang cik menitiskan ayaq mata masa bersalaman dengan budak-budak ni hari tu. uwaa, syahdunya! Lagi-lagi depa dok pasang lagu background kat belakang. touching kite!

bang cik rasa setakat ni la yang bang cik boleh kongsikan untuk rakan-rakan guru semua. kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh roger bang cik kat instagram (tu dia bagi instagram dulu) hahaha kat azim387. tak pun add ja fb bang cik mohd azim saidon ataupun email azim387@yahoo.com insyaallah bang cik akan cuba membalas setiap email kalian.

bolehkan nak letak sedikit gambar bang cik di bumi sheffield yang bertuah ini. oh, minggu depan bang cik nak gi london melawat kak lin ngan kak van. yeay!!! Awat la bang cik dok bubuh semua huruf kecil ya? Ooo, konon-konon nak jadi trademark la ni. J


bang cik kat peak discrict national park, hope valley, derbyshire. :)


5 comments:

  1. nak belajar obersi jugak...
    tapi achik ade diploma je....
    layak kahhh...????

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom achik!!! tak kisah, janji pelan2 kayun insyaAllah beres :)

      Delete
  2. Lovely pic! Love the scenery. My girl would want to do her post-grad studies. She's a teacher too. This post would be very useful indeed. Thanks for sharing.

    P.S. I'll return the favour and link you in my blogroll too. Cheers!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye mr suituapui.

      yeah, i enjoyed the scenery as well. send my regards to your daughter and if she needs help pertaining this, i'm here :)

      Delete
  3. Bestnyer nk g sambung study gak, tp malas nk amek toefl..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...